BUKIT MOK CUN ATAU BUKIT KODIANG
BUKIT KODIANG ATAU BUKIT MOK CUN
(Salah tu view di bukit kodiang@mokcun,cantiknya.. Allahu..cantiknya...macam nak terbang je kat sini, nasib doreomen ja takda,tidak nak pinjam helicopter dia )
|
Ok, pada minggu cuti yang lalu, aku dan sahabat meluangkan masa yang terisi dengan aktiviti yang mencergaskan kembali tenaga. Destinasi yang kami tuju ialah bukit kodiang atau nama jolokan rata-rata pendaki ialah bukit mok cun.
(SubhanaAllah...cantikkan...)
Secara kseluruhn yang boleh aku simpulkn pasal bukit ni, walaupun bukit. sbnrnya trek perjalanan ni boleh tahan mencabar mental tau. Btw, bagi kawan-kawan yang nak datang ni nanti boleh pakai sarung tangan masa nak daki ok. Sebab bahaya ada batu2 yang tajam dan kena panjat pakai tali jugak. Aku dengan sahabat, kami berdua mai dongoi2 ja,dalam makna kata lain datang bawa diri ja. Sarung tangan apapun tak pakai kami ni. Mahir la kononnnya. Hakikat kami dua terlupa nak bawak. Jdi terpaksa meragaih (memanjat) mcm anak dara org asli.hahaha. Merah2 dan luka gak la tangan ni.
(Tengah kepenatan sebenarnya,bila dongak atas orang suruh padang kamera ,dari mood letih terus tersenyum.heeee~ :-) ,terima kasih kat tukang ambil gambar.) |
Laluan denai saja dia berkecondongn 75darjah. Masa merabat (memanjat) bukit dan rabat batu-batu memang tak ada codong-condong dah. Tegak 90darjh terus keatas. Yang paling mncabar batu-batu tu hampir 75% awal-awal nak naik puncak, batu tu memang rata.. makna kata masa tu hangpa (anda) mcm xtau punca nk letak kaki kat mana, tangan nak letak mana. Hangpa kena betul-betul cari punca dan lubang celahan batu bagi nak rabat (panjat). Aku pun takut sebenarnya sebab aku ada fobia sikit.Teringat peristiwa hitam masa aku panjat gua kelam dulu,tu jadi gayat.Memang dongoi ja.tapi hati jadi kuatlah sikit sebab dapat kawan baik yang always bagi sokongan to keep moving forward. N team yg bgi support
(Jumpa team baru, bersama abang2 dan kakak2 dan sahabat. Memang terbaik.)
Penting sbnrnya ada kawan-kawan macam ni. Kalau hngpa rasa team dan kawan2 hngpa jenis yang mementing diri ,nak diri dia ja yang lepas kedepan. Nasihat aku jangan pi dengan orang camni k. Selemah mana pun kawan kita. Jangan sesekali tinggal dia kat belakang sebab pikir diri kita ja nak maju kedepan. Hadap sesama.
"Fariza.. hang amik gambaq aku kat sini sat weh" kata fathiah kepada sahabatnya sambil menunggu yang lain merabat turun kebawah.
(kita pulak tolong ambik gambar dia.)
(Bersama sahabatku yang senget,Fariza. Tq always bagi support kat I.) |
(Masa tengah nak turun, Part ni kira okay lagi,ada yang lagi dasyat sebenarnya.) |
(Rehat sebentar bersama Kit-Kat, actually masa hiking bagus bawa coklat untuk bekalkan tenaga, Tapi kami berdua memang suka buat reja last minute,jadi semua benda terlupa nak bawak.) |
Jadi buat kekawan yang nk gi bukit mok cun ni atau nama betul dia bukit kodiang boleh la try, keseluruhn nk smpai puncak dlm 30-45min ja. Ada crew yg boleh lead ,depa akan bagi tali keselamatan,helmat apa semua kt hampa. Bagi p dongoi2 ja macam aku pn boleh tapi hati kena kental and mahir. Tak brapa mahir wajib ada kawan yg mahir bagi tunjuk ajar and support. Boleh la mncabar kembli bagi sesiapa yang dah lama tak mndaki nak renggangkn balik otot2 hangpa gi rabat bukit mokcun. Produktifkn diri anda. Selalunya ramai orang jugak hiking bukit mokcun ni,tapi masa kmi pi ni,mmg alhamdullilah takda orang sngat masa tu. Jadi, perjalanan berjalan lancar tanpa kesesakan laluan lalu lintas dalam hutan. ada ke camtu? Apapun,kami pulang dengan sebuah senyuman dan kepuasan.yeayyy!!
"fabiayyi ala irobbikuma tukadziban"... Maka Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? .. petikan ayat dari surah ar rahman. |
p/s : (Btw..masa naik gunung kemunting yang dulu.. aku pulang tangisan hati ngn sahabat ak sbb berjaya jumpa kembali dunia. Smpai kuku kaki kami berdua tercabut sebab hiking naik gunung tu.aku smpai brkaki ayam masa nak turun gunung tu. Ibarat perjalanan dari sebuah padang masyar yg tak kunjung tiba... mncari kembali sinar dunia sesaat fatamorgana. Insaf sat. Nnti ad masa aku story pasai gunung kemunting)
Comments
Post a Comment